tersentuh jiwaku tika aku membaca doamu untukku
kau lah satu-satunya yang mengerti
aku bersyukur dan teramat berbesar hati dianugerahkan teman dan kakak sepertimu.
tatkala aku seorang diri, menghampiri dunia depresi
kau datang seperti cahaya syurga yang memberiku harapan, kebahagiaan dan semangat untuk bangkit semula
mencari diri yang hampir hilang
mencari semula senyuman yang semakin pudar
tiada ucapan yang boleh ku berikan kepadamu
kerana terima kasih tidak lagi mencukupi
kau lah teman sejati, yang akanku hargai hingga mati.
dirimu ibarat pelangi bersinar, kelakuan dan perwatakanmu tidak dapat diketahui, kecuali bagi mereka yang bertuah melihat dan merasainya.
dan seperti namamu, kau lah sinar harapan bagiku... nurul 'ain:)
Saturday, December 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment