dah lame seh tak nangis mcm bayi.
tau lah, jenis nangis yang tak nak berhenti.
jenis nangis yang menyayat hati pendengarnye.
jenis nangis yang menemani tidur.
jenis nangis yang membuatkan orang hilang ingatan apabila bangun nanti.
jenis nangis yang tidak menyelesaikan masalah tetapi berfungsi seperti panadol; ia menghilangkan seketika bisa sengatan masalah itu.
aku menangis tangisan itu.
dan sekarang aku datang bulan.
sehari sebelum puase arafah.
sedih.
kecewa.
marah.
gagal.
dan kini aku tambahkan lagi persaan baru.
kesal.
kesal atas segala dosa yang telah aku lakukan. kesal atas segala perbuatanku. kesal atas segala kesilapanku. kesal atas segala yang tidak akan pernahku dapat alami. kesal atas impian yang hancur berderai. kesal atas diriku terlalu tulus atau naive.
aku ingatkan aku boleh percayakan korang sebagai teman tapi terbukti tidak. sebagai seorang malayu/islam, kau telah menamparku dengan kata-katamu itu. tak tau lah kalau kau sengaje nak ketepikan aku memandangkan aku ni dah pathetic giler kan. tapi dengan korang buat aku macam kawan lepas tu tikam aku dari belakang, sakitnye menikam seh. sekarang aku dah pikir balik baru aku ingat. selame ni aku join korang, korang tak pernah invite. aku je yang seperti ape yang kau cakap, sibuk-sibuk. kau cakap kau tak nak hipocrite. kirekan selame ni kau tak lah. patutlah aku ajak kau solat abih kau cakap kau tak boleh, abis waktu aku gi solat sendiri, kau terjegat kat tempat solat tu. sengaje nak menghindarkan diri. aku ingat waktu tu, aku salah dengar ah. tak perasan pulak yang mungkin kau sengaje buat aku macam gitu. aku benar-benar berharap ah, satu hari kau dapat merasai ape yang aku merasai. tak cakap aku nak balas dendam ah, tapi kau patut tau betape pedihnye kate-kate kau tu. Allah lebih memahami. aku dah malas nak cakap perkare ni dengan sape-sape. mak aku salahkan aku dalam masalah ni, sebelum aku sempat cakap ape masalahnye. die cakap, 'tu lah, banyak lagi buat dosa, tinggalkan solat, malas ngaji, sebab tu Allah tak nak tolong kau." maaf cakap lah. antare semue budak2 yang dalam lingkungan umur aku, aku lah seorang yang selalu taqwa. dah banyak yang aku berkorban untuk Allah.
dan mama sanggup cakap ica macam gitu. ica tak perlukan sindiran mama lah. macam mama baik sangat. mama dulu tak pakai tudung full time macam ica sekarang. mama tak tau betape ica nak hidup seperti anak muda lain, yang aktif dengan kehidupan dorang, nak pakai ape boleh, nak cakap ape boleh, nak makan/minum ape pun boleh. nak solat atau tak ikut suke dorang. nak tidur dengan sape2 pun boleh. bukan nye ica bencikan hidup ica sekarang. ica pasrah kerana ica tau ape2 Allah larang tu memang untuk kebaikan ica sendiri tapi mesti ke mama masukkan lagi garam dalam luke ica ni? dahlah takde kawan yang boleh dipercayai dalam course ica tu, mama buat ica macam gini lagi. sedih tau ma. mama lah satu-satunye yang ica harapkan sebagai pemberi galakan moral, abih mama macam gitu. ica cume harap nanti kalau ica dianugerahkan anak perempuan, ica takkan sia-siakan dier macam mane mama buat kat ica.
maaf. sudah tiada makne.
Thursday, December 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment