Tuesday, December 2, 2008

jangan tinggalkan aku, keyakinan.

hanya Allah sahaje yang tahu perasaan aku pade ketike ini.
TAK BOLEH ANGKAT BEB!

sakitnye, hinanye diri ini!
sedangkan semue tau betape aku benci sekali dengan penolakan, penampikan.
atau dalam erti kate mudah, rejection.
seperti aku tidak mencukupi.
atau ia mungkin politik sepi yang hanya kau dan aku mengerti.

walau apepun. aku hanya harap kau puas hati sekarang.

sudahlah diri aku ni dipijak, dicerca, dihine dalam jelikkanmu, kata hatimu.
kau harus menghineku dengan ape yang kau rase perkare biase.
senang sekali kau singkirkanku.

hanya kerana satu masalah. yang sememangnya kau tidak dapat lupakan. mahupun memaafkan. walaupun aku tidak bersalah. walaupun aku yang menjadi mangsa.

ego. dendam. cemburu.


hidup hanya sekali. aku tidak akan membiarkan diri ini merasa sedih.
sudah puas aku mencuba, membuat hati ini kental dan tegah. sabar dengan segala cabaran.
namun ia tidak pernah gagal membuat keyakinan diri aku jatuh dan jatuh lagi.

kadangkala, aku sendiri tertanya-tanya.
kemanakah perginya semua rasa kepastian yang telah diterapkan dalam jiwa sejak kecil lagi.
mungkin hilang dalam diri yang telah mati akibat tikaman kata, tenungan jiwa, dan kelakuan2 kecil yang menyindir diri yang tidak sempurna ini.

Ya Allah, kembalikan semula diriku. Aku sudah tidak larat lagi menahan cobaan yang Kau lontar ke mukaku ini. aku tau aku banyak berdosa denganMu. tapi tidakkah Kau tau, Kaulah satu2nya yang aku cintai. hanya kerana engKau sahaja yang memahami. hanya Kau sahaja yang dapat menolong menjahit balik jahitan luka yang asik terbuka balik tiap kali aku baru sahaja ingin mengambil nafas baru. pedihnya rasa ini seperti ....

aku sudah tiada kata.
nafasku sudah tidak lama lagi.
aku tau. seperti semua umat islam, aku sudah mula takut.
takut dengan kematian, kehilangan,
taqwa.

mungkin ada hikmah disebalik semua ini.
aku pasrah ya Allah. aku berserah segalanya, kerana aku tahu aku sudah berusaha sekuat yang aku mampu.

No comments: