Tuesday, February 9, 2010

tatkala ku meraung kesunyian dalam dunia yang bukan impian
ku tersentak dengan pernafasan
yang tidak kedengaran
yang tidak menafikan kebencian

sesungguhnya aku hipokrit
dengan kehidupanku sendiri
ku sanggup menjadi hamba kepada harta keduniaan
bukan kerana nafsu
atau kerana palsu
tapi kerana ingin menjaga periuk nasi
untuk keluarga
untuk mencapai impian sebenar

ku harungi dugaan harian
kerana diriku pasti akan bahagia kemudian

kerana diri-dirimu yang senantiasa berada disampingku
tidak lesu tidak jemu
dengan diri yang tidak sempurna
dengan hati yang masih tertanya-tanya

kerana setiap yang aku lakukan aku bermula dengan niat suci
Bismillah
kerana demi Allah
aku percaya
kerana aku akhiri semua dengan alhamdullilah

walau berbagai rintangan
walau pedih hati ini dicerca dikeji
walau dikhianati kerana dengki
walau aku membenci setiap saat berada di neraka dunia

aku reda
kerana tiada kepuasan dari kejayaan
tanpa pelajaran dari kesengsaraan

No comments: