kerana sayangku pada teman
kerana ku bahagia begini
kerana ku ingin berjaya sendiri
kau tidak pernah akan memahami
atau cuba memenuhi janji
untuk menyayangiku apa adanya
untuk mendukungku tiada berkira
betapa beratnya masalah
betapa beratnya matamu memandang
betapa beratnya hatimu melepaskanku pergi mengejar cita-cita
jika kau tahu betapa sedihnya hati ini
tidak dapat menunjukkanmu
pencapaian terbesarku
kerana ku tahu
kau benci
kau jijik
kau akan mengherdik
jasadku yang sudah tidak berdaya lagi menyangkal
tubuhku yang sudah tidak mampu mengingkari
bukan kerana lelah
bukan kerana salah
tetapi kerana kasih
agar kau tidak dilukai lagi
kerana ku sanggup memar bernanah
agar kau bahagia
No comments:
Post a Comment