Saturday, January 24, 2009

aku benci. aku malu. aku tidak suka apa yang telah kau lakukan.
sakit ku bukan sekadar sakit kaki, yang diakibatkan oleh latihan.
tetapi sakitku akibat dirimu. naluriku remuk.

sanggup kau malukan diriku.
aku hanya meminta pertolongan mu. mencari masjid agar solatku terjaga.
namun, kerana kau tidak sanggup berkorban untukku, kerana malasmu, kerana kau tahu kelemahan ku,
kau beritahu seluruh dunia tentang diriku. aku tidak mahu dipermalukan. lagi-lagi di hadapan abu. sedih tau. sedih sekali. aku fikir aku mungkin dapat memaafkan engkau setelah teriakkanmu and tipu-helahmu untuk menolongku. demi kepentingan dirimu sendiri. dan ia telah mengakibatkan ku terasa digunakan. disiakan. oleh ayahku sendiri.

kau tidak berada di kasutku. kerana jika kau tahu.
rasa kecewa. aku seperti tidak mahu mengaku yang aku adalah nisa. anakmu. tadi, sewaktu mereka menudingkan jari ke arahku, aku tahu yang itu angkara kau. aku tahu niatmu untuk membalas dendam terhadapku. aku tahu kau ingin semua fikir yang aku ini banyak kerenah. padahal itu semua angkara engkau. aku tahu engkau tidak pernah mengucapkan kata sayang. kata maaf. mahupun kata perangsang. engkau dengan perangkai kau, yang menjijikkan. yang tidak pernah mahu ambil kisah. mahupun untuk menghiraukan anak-anakmu. kau tahu betapa omi membenci mu. sekarang baru ku tahu.

sememangnya, selama ini aku telah hidup di dalam self-denial. sememangnya, tuhan telah meng-anugerahkan engkau dengan anak-anak yang baik, soleh dan solehah dan pandai. satu hari engkau akan menyesal engkau tidak pernah menghargai kami, termasuklah ibuku. satu hari, engkau akan hidup di dalam dunia yang tidak menghormati engkau. satu hari engkau akan perasan yang engkau tidak boleh lepas setiap kali engkau buat salah. satu hari engkau akan tahu betapa aku membenci mu. tetapi aku akan tetap hidup di sini. membiayai hidup tua mu. bukan kerana kasih. tetapi kerana hati tidak sanggup meninggalkan hidupmu yang pathetic begitu saja. kerana aku digelumung dosa jika aku derhaka. kerana aku masih ada rasa hormat, honour, untuk diriku dan keluarga. bukan untukmu. rasa hormat sudah tiada untuk mu.
titik. marah sudah hilang. dan kini jiwa hampir kontang. kecuali kehadiran keluarga yang lain dan abu dan rakan-rakanku dan Allah s.w.t dan nabi. engkau sudah tiada lagi. jangan pernah harap nombor telefon ku ada meneleponmu. takkan pernah akan ku bertanya khabar, soalan, dan terutama sekali pertolongan mu lagi. aku sudah serik. kau seperti sebahagian hidupku yang tidak berguna. duit yang kau beri sudah tiada makna lagi. aku tidak tahan untuk keluar mencari hidup sendiri. agar kau tiada lagi untuk menghancuri tiap harapan yang mungkin ada agar kau berubah.

Friday, January 23, 2009

kasih mu

sayang.
terasa tersentuh jiwaku
membara rasa tubuh

bak diri layu dihujani embun pagi
yang tidak segan silu menjatuhkan ilmu
yang tidak mengira darjat dan harta
walaupun dirimu tidak sempurna
di mataku kaulah segalanya