Friday, August 14, 2009

setibanya musim ramadhan
syahdu menusuk kalbu
seperti ia ingin aku tahu
sempurnanya hidupku
maknanya syukurku

sewaktu-waktu nyawaku
ditawarkan dalam alam barzakh
aku tahu hidupmu
aku tahu hidupku
berubah tanpa disangka
ibarat cinta
aku rasa bahagia
hidupmu lengkap
hidupku sempurna

rasa di dada indah
tiada masalah dunia
walau perang di mana-mana
walau perit mereka rasa
aku tetap juga merasa
namun hanya satu yang aku ada
Allah

penentu segalanya
tempat kembalinya
tempat bermulanya
tempat kita

seorang muslimah di dunia
walau sengsara kita
walau tidak semua dirasa
walau dikecam bangsa
walau diherdik dihina
aku bahagia
tempat kita
bukan dunia
tempat kita

syurga selamanya

Friday, April 17, 2009

kebencian...
maknanya apa?
aku keliru.
antara benci, marah, kecewa dan sedih.

hati sentiasa terasa bersalah
atas perasaan yang ada secara tidak sengaja
kerana aku manusia tidak sempurna

ya Allah...
tolonglah hambamu yang sungguh lemah ini
sememangnya aku tidak berupaya
atas segala yang telah tertulis dalam buku kehidupanku
aku cuma mampu berdoa
dan bersujud di bawah diriMu yang maha segalanya...

Thursday, March 19, 2009

kau ibarat biskut

sekarang ni tuhan saje yang tau betape bengangnye kepale otak aku ni

bengang pasal ape yang kau buat.
abu, abu...

kau tau tak kau lah satu2 nye yang boleh buat org naik angin dengan tak semene2.
mcm aku nak cekik batang leher kau yang cute tu sampai kau takleh bernafas.
tapi confirm nye, kau tau elak.

bukan nak cakap kau tu bagus ah...
tapi memang kau bagus pun...

tapi yang aku bengang sekarang kat kau eh...
kenape lah kau tu desperate sangat.
org tu dah berpunye pun kau nak saup jugak.
show off kau playboy handalan pe.
benci aku jenis lelaki macam kau.
mentang2 kau bagus ah kirekan.
dunia ni tunduk atas jari telunjuk kau kape...

eh tapi eh.
kenape eh susah giler aku nak lupekan kau.
padahal eh kau jenis manusia yang paling aku benci.
kau buat sesuatu
pasal kau rase kau boleh
pasal kau nak tunjuk jaguh
pasal kau rasekan "adrenaline rush"
pasal kau rase puas hancurkan hati org lain yang melihat

macam aku...

bukan aku nak doakan ke ape ah
tapi aku harap
satu hari nanti biler kau jumpe dengan jodoh kau
dier tu setanding hebatnye dengan kau
pasal setahu aku lah
orang yang dengki tu ending dier tak pernah sweet.
nerake lah katekan...

ouh, aku tak sangke jelek eh...
cume kan, at the end of the day...kau buat aku fikir
ape sebenarnye motive kau...
nak kate ikhlas berkawan je...confirm bukan
nak kate nak jadi sweet...lagi impossible
nak kate jadi saudare rapat lagi tak masuk akal.

dah lah....
malas ah nak pikir.
ape kau nak buat buat lah abu.
nak terjun dengan labu kau pun boleh.
aku siapkan speed boat nanti. just give me the time and date...

Saturday, January 24, 2009

aku benci. aku malu. aku tidak suka apa yang telah kau lakukan.
sakit ku bukan sekadar sakit kaki, yang diakibatkan oleh latihan.
tetapi sakitku akibat dirimu. naluriku remuk.

sanggup kau malukan diriku.
aku hanya meminta pertolongan mu. mencari masjid agar solatku terjaga.
namun, kerana kau tidak sanggup berkorban untukku, kerana malasmu, kerana kau tahu kelemahan ku,
kau beritahu seluruh dunia tentang diriku. aku tidak mahu dipermalukan. lagi-lagi di hadapan abu. sedih tau. sedih sekali. aku fikir aku mungkin dapat memaafkan engkau setelah teriakkanmu and tipu-helahmu untuk menolongku. demi kepentingan dirimu sendiri. dan ia telah mengakibatkan ku terasa digunakan. disiakan. oleh ayahku sendiri.

kau tidak berada di kasutku. kerana jika kau tahu.
rasa kecewa. aku seperti tidak mahu mengaku yang aku adalah nisa. anakmu. tadi, sewaktu mereka menudingkan jari ke arahku, aku tahu yang itu angkara kau. aku tahu niatmu untuk membalas dendam terhadapku. aku tahu kau ingin semua fikir yang aku ini banyak kerenah. padahal itu semua angkara engkau. aku tahu engkau tidak pernah mengucapkan kata sayang. kata maaf. mahupun kata perangsang. engkau dengan perangkai kau, yang menjijikkan. yang tidak pernah mahu ambil kisah. mahupun untuk menghiraukan anak-anakmu. kau tahu betapa omi membenci mu. sekarang baru ku tahu.

sememangnya, selama ini aku telah hidup di dalam self-denial. sememangnya, tuhan telah meng-anugerahkan engkau dengan anak-anak yang baik, soleh dan solehah dan pandai. satu hari engkau akan menyesal engkau tidak pernah menghargai kami, termasuklah ibuku. satu hari, engkau akan hidup di dalam dunia yang tidak menghormati engkau. satu hari engkau akan perasan yang engkau tidak boleh lepas setiap kali engkau buat salah. satu hari engkau akan tahu betapa aku membenci mu. tetapi aku akan tetap hidup di sini. membiayai hidup tua mu. bukan kerana kasih. tetapi kerana hati tidak sanggup meninggalkan hidupmu yang pathetic begitu saja. kerana aku digelumung dosa jika aku derhaka. kerana aku masih ada rasa hormat, honour, untuk diriku dan keluarga. bukan untukmu. rasa hormat sudah tiada untuk mu.
titik. marah sudah hilang. dan kini jiwa hampir kontang. kecuali kehadiran keluarga yang lain dan abu dan rakan-rakanku dan Allah s.w.t dan nabi. engkau sudah tiada lagi. jangan pernah harap nombor telefon ku ada meneleponmu. takkan pernah akan ku bertanya khabar, soalan, dan terutama sekali pertolongan mu lagi. aku sudah serik. kau seperti sebahagian hidupku yang tidak berguna. duit yang kau beri sudah tiada makna lagi. aku tidak tahan untuk keluar mencari hidup sendiri. agar kau tiada lagi untuk menghancuri tiap harapan yang mungkin ada agar kau berubah.

Friday, January 23, 2009

kasih mu

sayang.
terasa tersentuh jiwaku
membara rasa tubuh

bak diri layu dihujani embun pagi
yang tidak segan silu menjatuhkan ilmu
yang tidak mengira darjat dan harta
walaupun dirimu tidak sempurna
di mataku kaulah segalanya